Definisi
Keluarga
Menurut
Depker RI (1998), keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri
daripada ketua keluarga dan beberapa ahli keluarga yang lain serta tinggal di
dalam satu bumbung dan saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Helvie
(1981) pula mengatakan, keluarga merupakan sekolompok manusia yag tinggal dalam
satu rumah tangga serta mempunyai hubungan yang konsisten dan erat. Keluarga
juga didefinisikan sebagai anggota rumah tangga yang saling berhubungan melalui
adaptasi pertalian darah atau perkahwinan (Who, 1969).
Dari
sudut pandangan islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan bersifat
majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada ayah ibu
dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan saudara
mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan sahaja terdiri
dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana islam membenarkan poligami
sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga mungkin
akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil yang
baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala (
Mahmood, 1997).
Melalui
dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan islam, dapat disimpulkan bahawa
keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan perkahwinan ini lah
yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling memerlukan antara satu
dengan yang lain.
Allah
SWT berfirman dan surah An-Nisa (ayat 1) yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan
daripada Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah
mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada
Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga
bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengawasi kamu”.
Asas
bahan dalam membina sesebuah bangunan akan memberi pengaruh yang besar kepada
kekuatan dan keutuhan sesebuah bangunan tersebut. Ini sama seperti kita membina
sesebuah keluarga. Asas untuk membina keluarga perlu di ambil berat dan
dipastikan cukup sekatannya sebelum membina sebuah keluarga. Apakah asas
penting dalam membina sebuah keluarga?. Islam telah menegaskan bahawa asas
untuk membina keluarga adalah Ikatan Perkahwinan. Peganglah pada islam, pasti
akan bertemu kebahagian. Kalau pun kita bukan seorang islam, namun jika kita
berpegang pada agama, pasti kita tahu, keluarga itu lahir dari perkahwinan.
Tidak ada satu agama ini yang membenarkan umatnya berzina sehingga melahirkan
zuriat yang tidak sah tarafnya. Subhanalllah!.
Allah
berfirman dalam Surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud :
“kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu
dan orang-orang yang layaj berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan Mengayakan mereka dengan limpah
kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha mengetahui”.
Kemudian
Allah menambah lagi dalam ayat seterusnya (an-Nur :33).
“dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin
hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan
limpah kurnia-Nya”.
Ayat
ini jelas menunjukkan, jika kita ada niat untuk berkahwin, Allah akan bantu
kita dengan kurnia-Nya. Allah tidaklah memberikan kekayaan yang jelas pada
kita. Seperti tiba-tiba hujan emas atau tiba-tiba ada duit sejuta dalam rumah.
Namun jika kita sedar, sekiranya kita ingin berkahwin, rezeki kita lebih murah.
Bahkan Allah menanam sifat berjimat cermat dalam diri kita supaya kita dapat
kumpul duit dengan cepat. Allah Maha bijaksana, dia memudahkan urusan kita
disambing menyuruh kita berusaha. Bagi yang lelaki telah berkahwin pasti akan
perasan satu hal ini. Dulu semasa diorang bujang, pinggan dan gelas kat rumah ada
sebiji saja. Paling banyak pun 3 biji sebab nak hidang pada kawan-kawan yang
datang “melepak”. Makan pun kadang-kadang mee segera atau sardin. Duit pula
selalu rasa tak cukup. Sehingga nak menyimpan RM10 sebulan dalam bank pun rasa
tidak mampu.
Cuba
tengok, selepas berkahwin. Kita masih
kerja di tempat yang sama. Gaji pun macam tu juga, Cuma naik lah sikit. Tapi
apa yang menghairan, kita mampu sara seorang isteri. Kita mampu sara seorang
anak atau lebih. Makan pula dah upgrade atas
meja ada macam-macam lauk. Pinggan mangkuk dan gelas pun dah penuh kat dapur.
Siap boleh buat pameran kat almari ruang tamu lagi. Dari mana kita dapat semua
tu?. Allah telah memberi kita kekayaan dalam keadaan kita tidak nampak namun
kita boleh merasainya. Allah maha pemurah lagi maha penyayang. Setiap yang anak
mempunyai rezekinya sendiri.
>>BACK TO MAIN BLOG<<
>>BACK TO MAIN BLOG<<
No comments:
Post a Comment