Friday, 8 June 2012

MEMAHAMI MAKNA PERKAHWINAN



Definisi

Islam amat menggalakkan umatnya berkahwin sesuai dengan fitrah manusia yang mahu disayangi dan menyayangi antara satu dengan lain serta mempunyai nafsu syahwat terhadap pasangannya. Dari sudut bahasa, perkahwinan bermaksud himpun atau cantum. Dari sudut islam, perkahwinan bermaksud akad yang menggunakan lafaz nikah di mana nikah menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
Secara umumnya pula, perkahwinan bermaksud hubungan terikat antara dua orang  yang diiktiraf oleh pihat berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama masing-masing. Hubungan perkahwinan pada fitrahnya melibatkan lelaki dan perempuan. Namun pada masa kini, terdapat sesetengah negara yang mengikhtiraf perkahwinan sesama jantina. Perlu diingat, islam mengharamkan hubungan sejenis serta tidak mengikhtiraf hubungan sedemikian
Pada dasarnya, hukum kahwin adalah sunat kerana merupakan sunnah Nabi Muhammad saw. Namun, para ulama telah bersepakat menetapkan hukum kahwin mengikut kemampuan zahir dan batin orang ingin berkahwin.

Asas Perkahwinan Dalam Islam

Terdapat 4 asas dalam perkahwinan, antaranya ialah :
Rukun rukun nikah

1.     Lafaz ijab dan Kabul
2.     wali
3.     dua orang saksi
4.     lelaki ( suami)
5.     perempuan ( isteri)


Lafaz ijab qabul

Siqhah ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab iaitu perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang dilafazkan oleh lelaki yang bakal menjadi suami .

Syarat ijab dan qabul

a.     Lafaz sorih
Iaitu lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali;

“ saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “

jawab lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “

b.     tidak bersyarat dengan sesuatu

ijab dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan dengan sesuatu perkara , seperti kata wali;
“jika engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah”

jika lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah .


c.      Tidak mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah

Jika terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan qabul, maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah:
“ Aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah engkau talakkan dia .”
……..atau dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “
…….atau lain-lain lafaz yang menyalahi maksud nikah.

Begitu juga lafaz qabul pihak lelaki :

“ saya terima nikahnya dengan syarat saya talakkan dia “
……….atau dengan syarat saya tidak setubuhi dia.

Tetapi sekiranya syarat-syarat nikah itu tidak menyalahi maksud nikah, maka nikah itu ada sah.Seperti syarat-syarat di bawah ini, ia tidak merosakkan ijab dan qubul serta syaratnya sah;

1.     Syarat yang tiada mempunyai hubungan dengan  maksud nikah, seumpama si suami mensyaratkan isterinya tidak boleh memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh.
2.    Syarat yang sesuai dengan kehendak nikah seperti wali mensyaratkan suami memberi nafkah kepada isterinya.
3.    Syarat yang bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah , di mana syarat itu memberi faedah kepada suami , seumpama suami mensyaratkan  dia tidak memberi nafkah kepada isteri sebaliknya isteri pula yang memberi nafkah kepada suami.
4.    Syarat yang bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah, di mana syarat itu memberi faedah kepada isteri, seperti wali mensyaratkan wali suami supaya jangan membawa isterinya ke rumah lain , atau jangan  berpindah ke daerah lain dan sebagainya,.
5.    Bersamaan makna pada ijab dan qabul, di mana jika di dalam lafaz ijab dan qabul terdapat persamaan makna tetapi berlainan lafaznya,seperti kata wali;
‘aku kawinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah’

jawab lelaki;
‘Saya terima nikahnya’

Wali menggunakan perkataan  kahwin dan lelaki menggunakan perkataan nikah, oleh kerana kedua-dua perkataan memiliki maksud yang sama , maka nikahnya adalah sah. Tetapi jika berlainan makna antara ijab dan qabulnya , maka nikahnya tidah sah , seperti kata wali;

‘ Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya Fatimah’

Jawab lelaki: ‘ Saya terima nikah anak perempuan tuan Zainab’

Wali melafazkan nama anaknya sebagai Fatimah, manakala lelaki menjawab dengan menyebut nama Zainab. Maka ijab dan qabul itu tidak sah dan nikahnya juga tidak sah.

6.    Ijab dan qabul tersebut mestilah dilafazkan secara ;
-        berturut-turut
-        tidak diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya
dengan ijab/qabul
-        tidak diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu menunjukkan seolah-olah menolak ijab
-        tidak diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul


7.    Tidak didapati pada wali itu perkara-perkara di bawah ini sehingga berlakunya qabul, iaitu;
a.     menarik balik izinnya
b.     gila
c.     pitam

Atau tidak berlaku pada bakal isteri (janda) atau bakal isteri yang walinya bukan wali mujbir seperti perkara-perkara di bawah ini;
a.     menarik balik izinnya ( bagi wanita yang diiktibarkan izinnya )
b.     pitam
c.      gila
d.     murtad

Jika didapati salah satu daripada perkara-perkara tersebut samada pada wali
Atau pada isteri, maka qabul tidak boleh dilakukan, dan jika dilakukan , maka nikahnya tidak sah.

8.    Hendaklah kedengaran- Dalam ijab/qabul , lafaz ijab/qabul itu hendaklah didengari oleh dua orang saksi , suami dan wali yang menikahkannya. Sekiranya orang yang menikahkannya itu bukan walinya bahkan dia wakail daripada wali sebagai jurunikah, maka hendaklah lafaz ijab/qabul itu didengar oleh orang yang menikahkan tadi.

9.    Tidak boleh ditentukan masanya – Tujuan nikah adalah untuk selama-lamanya sebagai suami isteri, oleh itu tidak sah nikah seseorang sekiranya di dalam lafaz ijab/qabul terdapat syarat penentuan masa, seperti kata wali.

‘ Aku nikahkan engkau dengan anakku Zainab dalam masa setahun sahaja’
  
10. Hendaklah suami dan isteri itu ditentukan. Jika seorang bapa mempunyai beberapa orang anak perempuan, di mana bapa itu berijab sebagaimana di 
‘ Saya kahwinkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya ‘

Maka ijab seperti ini tidak sah , di mana nikahnya juga tidak sah, kerana dalam ijabnya tidak menentukan siapakah di antara anak-anak perempuannya yang dinikahkannya itu.
Atau , jika bapa melafazkan ijabnya seperti; 
‘saya kahwinkan engkau dengan fatimah’ 
lafaz ijab ini juga tidak sah kerana bapa tidak menyebut samada Fatimah itu anak perempuannya  atau tidak, kerana ramai yang bernama Fatimah .
Sekiranya wali  berwakilkan kepada jurunikah, hendaklah ditentukan juga seperti contoh di bawah;
‘Saya kahwinkan engkau akan …binti…yang walinya telah berwakil kepada saya .’ 
atau
‘saya kahwinkan engkau akan ….binti …..yang walinya iaitu bapanya telah berwakilkan kepada saya’.
 Qabul suami:
‘saya terima nikahnya’

ijab wakil wali kepada wakil suami:

‘saya kahwinkan ( …bin ….) yang telah berwakil kepada engkau( wakil lelaki) akan ( ….binti….) yang telah berwakil walinya kepada saya dengan maskawinnya….

Qabul wakil lelaki:
‘saya terima nikahnya ( …binti…) untuknya( ….bin…) atau aku terima nikahnya kerananya , atau aku terima nikahnya baginya.’
 Mengenai dengan mahar , ia tidak disyaratkan untuk disebut di dalam ijab/qabul, dan sekiranya tidak disebut, ijab/qabulnya tetap sah.
 Jika mahar tersebut disebut dan dipersetujui di dalam ijab dan qabul, maka mahar itu disebut sebagai ‘mahar musamma’ di mana mahar itulah yang wajib dibayar.

Sebelum ijab/qabul, wali-wali selain wali mujbir hendaklah meminta izin daripada perempuan yang hendak dikahwinkan dan perempuan itu hendaklah mengizinkan kepada walinya, barulah kemudian itu , wali tersebut mengakadnya sendiri atau mewakilkannya kepada jurunikah.


Wali

Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah.
Wali yang harus melaksanakannikah itu ada dua jenis;
a)   wali nasab
b)   wali hakim


Syarat-syarat menjadi wali

 ( sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali yang jauh).
1.     Islam. Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut
2.     Berakal. Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan  antara yang baik dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang sempurna aqalnya.
3.     Baligh. Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.
4.     Merdeka. Hamba tidak sah menjadi wali.
5.     lelaki. Tidak sah perempuan menjadi wali.
6.     Tidak cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali seperti orang tua yang telah nyanyuk.
7.     Tidak safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya disebabkan terlampau boros atau bodoh.
8.     Adil. Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia melakukan  dosa besar seperti ;
-        membunuh
-        berzina
-        minum arak
-        merampas harta
-        meninggalkan solat fardhu dengan  senghaja
-        mencuri
-        menderhaka kepada ibu bapa
-        atau melakukan dosa kecil secara berterusan
-        atau seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya

Tetapi jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala , pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada masa sekarang, kebanyakan oaring menajdi wali adalah daripada oaring yang fask.


 Wali nasab

Iaitu wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1.     bapa
2.     datuk sebelah bapa
3.     saudara lelaki seibu sebapa
4.     saudara lelaki sebapa
5.     anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6.     anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7.     bapa saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8.     bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9.     anak lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10.  anak lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11.  bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12.  bapa saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka


Wali bapa

Wali bapa dikenal dalam istilah fikrah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat) dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah seterusnya hingga ke bawah.
              Wali-wali tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya, wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk mewalikan  akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad yang cukup syarat-syaratnya.


 Sebab-sebab hak wali berpindah

 ( yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad; 
1.     kafir
2.     fasik
3.     tidak adil
4.     gila
5.     masik kanak-kanak
6.     bisu
7.     bodoh
8.     hamba


Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)

Iaitu wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan  tanpa perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum menikahkannya.


Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir

wali mujbir boleh menikahkan anak perwan tanpa izin perempuan tersebut terlebih dahulu jika ia memenuhi  semua syarat-syarat  ini;
1.     tiada permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2.     tiada permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3.     perempuan tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4.     bakal suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .


Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu perempuan)

1.     Dibayar dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2.     maskahwin itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3.     bakal suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti cacat yang membebankan atau terlalu tua
 Sekiranya syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya, tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap haram.


Keizinan perempuan

Sebelum dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada perempuan yang hendak dinikahkan itu, iaitu :
1.     Peermpuan yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali sesudah perempuan tersebut memberi keizinan.
2.     Perempuan yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta keizinan daripada perempuan tersebut.
3.     perempuan janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi keizinan dengan terang.
4.     perempuan janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh kerana izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai.


Anak tidak boleh menikahkan ibu 

Anak tidak sah menikahkan ibunya kecuali ia menajdi kadi.

Wali datuk

Datuk boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu menjalankan ijab pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada anak lelakinya yang lain ( cucu lelaki).

Wali hakim

Wali hakim ialah keketua negara Islam  negara yang beragama Islam yang mempunyai kekuasaan. Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim mengakadnikahkan perempuan yang berwali hakim, pada sebuah negara di mana ketua negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan negara Islam . Wali hakim boleh dilantik  oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang alim, pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat itu.

 Wali tahkim

Iaitu lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang yang hendak mengakadnikahkan itu( iaitu  di mana negari itu tiada wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang mengetahui segala hukum hakam serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu  hendaklah menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali tahkimnya  dan orang tersebut memahami serta menerima perlantikan tersebut.


Keadaan perempuan yang berwali hakim

 Harus bagi perempuan bernikah dengan  berwalikan hakim dengan salah satu daripada sebab-sebab tersebut
1.     Tidak ada wali nasab
2.     Tidak ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak ada
3.     Wali akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat qasar( perjalanan 2 marhalah).
4.     wali akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya
5.     wali akrab sedang dalam ihram haji atau umrah
6.     wali  akrab enggan menikahkannya
7.     wali akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya
8.     wali akrab berdegil tidak mahu menikahkannya
9.     wali akrab hilang dan tidak ada khabar berita
10.  wali akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang sepangkat dengannya.


 Wali buta

Jika wali akrab buta, maka tidak harus  bagi wali  ab’ad menggantikan tempatnya kerana wali yang buta itu masih mengetahui perkara kufu’ serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu.

Wali bisu

Bagi wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil haruslah ia berwakil kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh memahami  isyarat atau tulisan sewaktu berwakil , maka tidak harus bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan , sebaliknya wali yang bisu itu yang menjadi walinya dengan berwakil secara isyarat atau lisan.

 Wali pitam/mabuk

 Bila wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun masa tempoh menunggu ini sehingga  tiga hari.
              Jika perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali akrabnya  pitam/mabuk selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan wali tahkim . Ini ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim.
              Tetapi jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi tempoh tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan tersebut. Begitu juga jika mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, bahawa wali itu akan pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi.

Wali yang ihram

Bila wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau  wali tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk mengahwinkannya. Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim atau kadi itu bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali bagi mereka yang tidak berwali.


Berwakil dalam ihram

 Jika seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah sah akad wakilan itu, begitu juga bila seorang suami yang ada  di dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad wakilan itu tidak sah walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. Tatapi jika berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas tahalul sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil seseorang wali untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil seseorang suami untuk menerima akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan mengakad oleh orang yang menerima wakil itu selepas tahalul , maka akad wakil itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang yang berwakil (suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya.


Syarat –syarat dua orang saksi

1.     Islam , orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi  saksi nikah bagi orang yang tersembunyi keIslamnya
2.     Berakal. Orang gila tidak sah menajdi saksi
3.     Baligh. Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah
4.     Merdeka. Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi mereka yang tersembunyi merdekanya.
5.     lelaki. Perempuan tidak sah menjadi saksi.
6.     Adil. Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu adalah sah, dan tidak wajib  diperiksa dan dicari keadilannya yang tersembunyi bagi saksi itu.
7.     Tidak fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi.
8.     Mendengar. Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak mengetahui apa yang dikatakan ketika ijab/qabul
9.     Melihat. Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang yang diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
10.  Faham/mengerti. Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang digunakan  oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi tersebut tidak faham dan tidak mengerti  bahasa yang digunakan  dalam ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah.
11.  Kuat ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang didengar dan yang dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal saksinya sekiranya saksi itu ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu , kemudian dia lupa.


Syarat suami untuk sah nikah

1.     Suami itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam.
2.     Suami itu hendaklah jangan ihram
3.     suami berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut
4.     suami itu hendaklah orang yang usdah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah bapa atau datuknya yang mengqabul nikahnya itu.
5.     Suami hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman, maka yang menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah berunding minta fikiran dan pendapat daripada kaum kerabatnya, di mana dia tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun kerana hajat yang difikirkan perlu.
6.     Suami itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu halal nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia tidak mengetahui keadaan perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka yang demikian nikahnya itu tidak sah.
7.     Suami tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya yang empat itu dalam iddah raj’I
8.     suami itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang dinikahinya tadi.


Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan sah nikahnya

1.     Isteri hendaklah Islam jika suaminya Islam
2.     Isteri itu tidak dalam ihram
3.     Isteri itu bukan isteri orang
4.     Isteri itu bukan dalam iddah
5.     Isteri itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang dinikahinya.

No comments:

Post a Comment