Friday 8 June 2012

CARA MEMILIH PASANGAN


Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :


Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram.


Pertama sekali kita tengok hartanya. Seorang lelaki perlu mempertimbangkan harta yang di miliki seseorang perempuan belum memilihnya menjadi seorang isteri. Ini kerana, islam menggalakkan umatnya berkahwin dalam kolompok yang sekufu. Sekufu bermaksud setaraf atau mungkin hampir setaraf. Ini bukanlah bermaksud seorang perempuan yang miskin tidak boleh di nikahi. Maksud daripada harta di sini mungkin meliputi kebendaan dan pengetahuan. Ini Kerana ilmu juga sebahagian daripada harta. Sekiranya seseorang lelaki itu mampu menyara seorang perempuan yang miskin, maka bolehlah dia mengambil seorang perempuan itu sebagai isteri. Namun sekiranya dia juga seorang yang amat miskin, sebaiknya dia perlulah memperbaiki kemampuan diri dulu sebelum berkahwin. Begitu juga sekiranya seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang kaya. Sekiranya dia mampu memenuhi keperluan perempuan yang terbiasa dengan kehidupan mewah, maka dia boleh mengahwini perempuan tersebut. Sebaiknya sebelum berkahwin kesepakatan antara calon suami perlu dibuat sebelum mereka berkahwin.

seterusnya  aspek keturunannya. keturunan merupakan perkara yang sangat penting. sebelum bernikah, kita perlu memastikan status bakal isteri bukan anak luar nikah. Ini kerana, anak luar nikah tidak boleh berwalikan “ayah” mereka. Perkahwinan tidak sah sekiranya si isteri berwalikan ayah yang tidah sah tarafnya. 
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Aspek ketiga adalah kecantikan. Kecantikan bukanlah bermaksud terlalu cantik seperti ratu cantik dunia. Sebaliknya kecantikan didalam islam adalah yang memberi ketenangan kepada yang melihatnya. Maka sunat bagi kita mencari pasangan yang mampu menenangkan jiwa. Kita tidak perlu padangan orang lain terhadap calon isteri kita kerana yang ingin bersama dengan isteri kita adalah kita sendiri.
Bak kata ustaz Azhar Idrus. “tak cantik tak apa, boleh tutup lampu”.


Nabi Muhammad meletakkan agama pada akhir aspek. Nabi meletakkan agama pada aspek terakhir kerana agama merupakan akar kepada kekuatan seseorang. Kekuatan agama seseorang tidak mampu dilihat dengan mata kasar seperti tiga aspek yang lainnya. Dan kerana itu, kita memerlukan masa yang lama untuk menilai agama seseorang yang ingin dijadikan pasangan hidup. Tetapi peganglah kata-kata nabi muhammad, “Utamakanlah yang beragama nescaya kamu jadi tenteram”.




No comments:

Post a Comment