Definisi
Islam amat menggalakkan
umatnya berkahwin sesuai dengan fitrah manusia yang mahu disayangi dan
menyayangi antara satu dengan lain serta mempunyai nafsu syahwat terhadap
pasangannya. Dari sudut bahasa, perkahwinan bermaksud himpun atau cantum. Dari sudut
islam, perkahwinan bermaksud akad yang menggunakan lafaz nikah di mana nikah
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
Secara umumnya pula,
perkahwinan bermaksud hubungan terikat antara dua orang yang diiktiraf oleh pihat berkuasa sivil atau
diikat oleh kepercayaan agama masing-masing. Hubungan perkahwinan pada
fitrahnya melibatkan lelaki dan perempuan. Namun pada masa kini, terdapat
sesetengah negara yang mengikhtiraf perkahwinan sesama jantina. Perlu diingat,
islam mengharamkan hubungan sejenis serta tidak mengikhtiraf hubungan
sedemikian
Pada dasarnya, hukum kahwin
adalah sunat kerana merupakan sunnah Nabi Muhammad saw. Namun, para ulama telah
bersepakat menetapkan hukum kahwin mengikut kemampuan zahir dan batin orang
ingin berkahwin.
Asas Perkahwinan Dalam Islam
Terdapat 4 asas dalam
perkahwinan, antaranya ialah :
Rukun
rukun nikah
1. Lafaz
ijab dan Kabul
2. wali
3. dua
orang saksi
4. lelaki
( suami)
5. perempuan
( isteri)
Lafaz
ijab qabul
Siqhah
ialah lafaz yang digunakan khas untuk perkahwinan yang mengandungi ijab iaitu
perkataan yang dilafazkan oleh wali , dan qabul, iaitu perkataan yang
dilafazkan oleh lelaki yang bakal menjadi suami .
Syarat
ijab dan qabul
a. Lafaz
sorih
Iaitu
lafaz yang terang yang digunakan khas untuk pernikahan iaitu lafaz tazwij dan
nikah atau terjemahannya iaitu lafaz kahwin atau nikah , seperti kata wali;
“
saya kahwinkan engkau atau saya nikahkan engkau “
jawab
lelaki: “ saya terima nikahnya atau saya terima kahwinnya “
b. tidak
bersyarat dengan sesuatu
ijab
dan qabul atau salah satu daripada keduannya tidak boleh disyaratkan dengan
sesuatu perkara , seperti kata wali;
“jika
engkau seorang guru , maka engkau aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku
Fatimah”
jika
lafaz ini diucapkan maka, pernikahan tidak sah .
c. Tidak
mengandungi syarat yang menyalahi maksud nikah
Jika
terdapat syarat yang menyalahi maksud nikah pada salah satu lafaz ijab dan
qabul, maka nikahnya tidak sah ; seperti contoh lafaz di bawah:
“ Aku
kahwinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah dengan syarat hendaklah engkau
talakkan dia .”
……..atau
dengan syarat , janganlah engkau setubuhi dia “
…….atau
lain-lain lafaz yang menyalahi maksud nikah.
Begitu
juga lafaz qabul pihak lelaki :
“
saya terima nikahnya dengan syarat saya talakkan dia “
……….atau
dengan syarat saya tidak setubuhi dia.
Tetapi
sekiranya syarat-syarat nikah itu tidak menyalahi maksud nikah, maka nikah itu
ada sah.Seperti syarat-syarat di bawah ini, ia tidak merosakkan ijab dan qubul
serta syaratnya sah;
1.
Syarat yang
tiada mempunyai hubungan dengan maksud nikah, seumpama si suami
mensyaratkan isterinya tidak boleh memakai pakaian yang menampakkan susuk
tubuh.
2.
Syarat yang
sesuai dengan kehendak nikah seperti wali mensyaratkan suami memberi nafkah
kepada isterinya.
3.
Syarat yang
bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah , di
mana syarat itu memberi faedah kepada suami , seumpama suami mensyaratkan dia
tidak memberi nafkah kepada isteri sebaliknya isteri pula yang memberi nafkah
kepada suami.
4.
Syarat yang
bertentangan dengan kehendak nikah , tetapi tidak menyalahi maksud nikah, di
mana syarat itu memberi faedah kepada isteri, seperti wali mensyaratkan wali
suami supaya jangan membawa isterinya ke rumah lain , atau jangan berpindah
ke daerah lain dan sebagainya,.
5.
Bersamaan
makna pada ijab dan qabul, di mana jika di dalam lafaz ijab dan qabul terdapat
persamaan makna tetapi berlainan lafaznya,seperti kata wali;
‘aku kawinkan engkau dengan anak perempuanku Fatimah’
jawab lelaki;
‘Saya terima nikahnya’
Wali menggunakan perkataan kahwin dan lelaki
menggunakan perkataan nikah, oleh kerana kedua-dua perkataan memiliki maksud
yang sama , maka nikahnya adalah sah. Tetapi jika berlainan makna antara ijab
dan qabulnya , maka nikahnya tidah sah , seperti kata wali;
‘ Saya nikahkan engkau dengan anak perempuan saya
Fatimah’
Jawab lelaki: ‘ Saya terima nikah anak perempuan tuan
Zainab’
Wali melafazkan nama anaknya sebagai Fatimah, manakala
lelaki menjawab dengan menyebut nama Zainab. Maka ijab dan qabul itu tidak sah
dan nikahnya juga tidak sah.
6.
Ijab dan
qabul tersebut mestilah dilafazkan secara ;
- berturut-turut
- tidak
diselangi dengan perkataan yang lain yang tiada hubungannya
dengan ijab/qabul
- tidak
diselangi oleh diam yang panjang antara ijab/qabul yang mana diam itu
menunjukkan seolah-olah menolak ijab
- tidak
diselangi oleh diam yang lama antara ijab dan qabul
7.
Tidak
didapati pada wali itu perkara-perkara di bawah ini sehingga berlakunya qabul,
iaitu;
a. menarik balik izinnya
b. gila
c. pitam
Atau tidak berlaku pada bakal isteri (janda) atau bakal
isteri yang walinya bukan wali mujbir seperti perkara-perkara di bawah ini;
a. menarik balik izinnya (
bagi wanita yang diiktibarkan izinnya )
b. pitam
c. gila
d. murtad
Jika didapati salah satu daripada perkara-perkara
tersebut samada pada wali
Atau pada isteri, maka qabul tidak boleh dilakukan, dan
jika dilakukan , maka nikahnya tidak sah.
8.
Hendaklah
kedengaran- Dalam ijab/qabul , lafaz ijab/qabul itu hendaklah didengari oleh
dua orang saksi , suami dan wali yang menikahkannya. Sekiranya orang yang
menikahkannya itu bukan walinya bahkan dia wakail daripada wali sebagai
jurunikah, maka hendaklah lafaz ijab/qabul itu didengar oleh orang yang menikahkan
tadi.
9.
Tidak boleh
ditentukan masanya – Tujuan nikah adalah untuk selama-lamanya sebagai suami
isteri, oleh itu tidak sah nikah seseorang sekiranya di dalam lafaz ijab/qabul
terdapat syarat penentuan masa, seperti kata wali.
‘ Aku nikahkan engkau dengan anakku Zainab dalam masa
setahun sahaja’
10.
Hendaklah
suami dan isteri itu ditentukan. Jika seorang bapa mempunyai beberapa orang
anak perempuan, di mana bapa itu berijab sebagaimana di
‘ Saya kahwinkan engkau dengan salah seorang anak
perempuan saya ‘
Maka ijab seperti ini tidak sah , di mana nikahnya juga
tidak sah, kerana dalam ijabnya tidak menentukan siapakah di antara anak-anak
perempuannya yang dinikahkannya itu.
Atau , jika bapa melafazkan ijabnya seperti;
‘saya kahwinkan engkau dengan fatimah’
lafaz ijab ini juga tidak sah kerana bapa tidak menyebut
samada Fatimah itu anak perempuannya atau tidak, kerana ramai yang
bernama Fatimah .
Sekiranya wali berwakilkan kepada jurunikah,
hendaklah ditentukan juga seperti contoh di bawah;
‘Saya kahwinkan engkau akan …binti…yang walinya telah
berwakil kepada saya .’
atau
‘saya kahwinkan engkau akan ….binti …..yang walinya iaitu
bapanya telah berwakilkan kepada saya’.
Qabul suami:
‘saya terima nikahnya’
ijab
wakil wali kepada wakil suami:
‘saya
kahwinkan ( …bin ….) yang telah berwakil kepada engkau( wakil lelaki) akan (
….binti….) yang telah berwakil walinya kepada saya dengan maskawinnya….
Qabul
wakil lelaki:
‘saya
terima nikahnya ( …binti…) untuknya( ….bin…) atau aku terima nikahnya kerananya
, atau aku terima nikahnya baginya.’
Mengenai
dengan mahar , ia tidak disyaratkan untuk disebut di dalam ijab/qabul, dan
sekiranya tidak disebut, ijab/qabulnya tetap sah.
Jika
mahar tersebut disebut dan dipersetujui di dalam ijab dan qabul, maka mahar itu
disebut sebagai ‘mahar musamma’ di mana mahar itulah yang wajib dibayar.
Sebelum
ijab/qabul, wali-wali selain wali mujbir hendaklah meminta izin daripada
perempuan yang hendak dikahwinkan dan perempuan itu hendaklah mengizinkan
kepada walinya, barulah kemudian itu , wali tersebut mengakadnya sendiri atau
mewakilkannya kepada jurunikah.
Wali
Wali
ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal
suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau
mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai jurunikah.
Wali
yang harus melaksanakannikah itu ada dua jenis;
a) wali
nasab
b) wali
hakim
Syarat-syarat menjadi wali
(
sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka taraf wali berpindah kepada wali
yang jauh).
1. Islam.
Jika perempuan yang akan berkahwin itu Islam sedangkan walinya kafir, maka
tidak sah bagi wali itu mewalikan perempuan tersebut
2. Berakal.
Tidak sah wali itu dari orang yang tidak sempurna aqalnya , seperti gila yang
terus menerus , kerana ia tidak dapat membezakan antara yang baik
dengan yang buruk, tetapi jika gilanyatidak berterusan atau datang hanya
sementara sahaja, maka semasa ia siuman , ia termasuk ke dalam golongan yang
sempurna aqalnya.
3. Baligh.
Iaitu mereka yang cukup umur lima belas tahun ke atas , maka tidaklah sah
kanak-kanak menajdi wali meskipun ia telah mumayiz.
4. Merdeka.
Hamba tidak sah menjadi wali.
5. lelaki.
Tidak sah perempuan menjadi wali.
6. Tidak
cedera fikiran. Tidak sah orang yang telah cedera fikirannya menjadi wali
seperti orang tua yang telah nyanyuk.
7. Tidak
safih. Tidak sah orang yang safih menjadi wali iaitu orang yang ditahan hartanya
disebabkan terlampau boros atau bodoh.
8. Adil.
Tidak sah orang fasik menajdi wali. Seseorang dikatakan fasik apabila ia
melakukan dosa besar seperti ;
- membunuh
- berzina
- minum
arak
- merampas
harta
- meninggalkan
solat fardhu dengan senghaja
- mencuri
- menderhaka
kepada ibu bapa
- atau
melakukan dosa kecil secara berterusan
- atau
seumpamanya yang mana ketaatan kepada Allah kurang dari maksiatnya
Tetapi
jika ia bertaubat dari dosanya, maka boleh ia menajdi wali.
Manakala
, pendapat Syeikh Ibnu Hajar, orang yang fasik boleh menajdi wali kerana pada
masa sekarang, kebanyakan oaring menajdi wali adalah daripada oaring yang fask.
Wali
nasab
Iaitu
wali yang ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan yang akan bernikah;
1. bapa
2. datuk
sebelah bapa
3. saudara
lelaki seibu sebapa
4. saudara
lelaki sebapa
5. anak
lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
6. anak
lelaki kepada saudara lelaki sebapa
7. bapa
saudara lelaki dari pihak bapa seibu sebapa
8. bapa
saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
9. anak
lelaki kepada kepada bapa saudara lelaki dari pihak seibu sebapa
10. anak
lelaki kepada bapa saudara lelaki dari pihak bapa sebapa
11. bapa
saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. bapa
saudara lelaki dari pihak bapa kepada bapa sebapa
Dan
bgitulah seterusnya susunan wali nasab mengikut susunan waris dalam pusaka
Wali bapa
Wali
bapa dikenal dalam istilah fikrah dengan wali akrab ( wali yang lebih dekat)
dan wali yang lain dikenal dengan wali ‘Ab’ad ( wali yang lebih jauh) jika wali
nombor satu tiada , maka bolehlah wali nombor dua menjadi wali , dan begitulah
seterusnya hingga ke bawah.
Wali-wali
tersebut berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya mengikut giliran
dekatnya, ( iaitu selagi ada wali terdekat yang mencukupi syarat-syaratnya,
wali ab’ad tidak berhak menikahkan perempuan yang diwalikannya .Sebaliknya jika
wali terdekat itu tidak mencukupi syarat-syarat yang diperlukan untuk
mewalikan akad nikah, maka hak wali itu berpindah kepada wali ab’ad
yang cukup syarat-syaratnya.
Sebab-sebab
hak wali berpindah
(
yang mana sekiranya terdapat perkara-perkara seperti ini kepada wali
akrab(terdekat) , maka hak wali berpindah kepada wali ab’ad;
1. kafir
2. fasik
3. tidak
adil
4. gila
5. masik
kanak-kanak
6. bisu
7. bodoh
8. hamba
Wali bapa dan wali datuk ( wali mujbir)
Iaitu
wali yang harus menikahkan anak atau cucunya yang masih perawan tanpa
perlu minta izin dari perempuan tersebut.tetapi jika perempuan itu telah
menjadi janda atau hilang perawannya , maka mesti minta izin dulu sebelum
menikahkannya.
Syarat bagi sah nikah dengan berwalikan wali mujbir
wali
mujbir boleh menikahkan anak perwan tanpa izin perempuan tersebut terlebih
dahulu jika ia memenuhi semua syarat-syarat ini;
1. tiada
permusuhan di antara perempuan tersebut dengan wali itu
2. tiada
permusuhan antara perempuan tersebut dengan bakal suaminya
3. perempuan
tersebut sekufu dengan bakal suaminya
4. bakal
suami tersebut sanggup membayar maskahwinnya dengan tunai .
Syarat bagi wali mujbir harus menikahkan( anak atau cucu
perempuan)
1. Dibayar
dengan maskahwinnya yang sesuai mengikut adat negeri
2. maskahwin
itu mestilah dibayar dengan wang dalam negeri
3. bakal
suami perempuan itu bukan orang yang susah berkehidupan dengannya, seperti
cacat yang membebankan atau terlalu tua
Sekiranya
syarat-syarat diatas tidak dipenuhi, haram wali mujbir melaksanakan akadnya,
tetapi jika dilaksanakan juga, nikahnya tetap sah, meskipun hukumnya tetap
haram.
Keizinan perempuan
Sebelum
dilakukan pernikahan hendaklah terlebih dahulu meminta keizinan daripada
perempuan yang hendak dinikahkan itu, iaitu :
1. Peermpuan
yang masih dara tidak boleh dinikahkan oleh selain daripada wali mujbir kecuali
sesudah perempuan tersebut memberi keizinan.
2. Perempuan
yang masih dara yang hendak dinikahkan oleh wali mujbir adalah sunat diminta
keizinan daripada perempuan tersebut.
3. perempuan
janda yang sudah baligh tidak boleh dinikahkan , kecuali setelah dia memberi
keizinan dengan terang.
4. perempuan
janda yang belum baligh tidak boleh dinikahkan sebelum perempuan itu baligh
kerana izinnya di masa sebelum baligh itu tidak sah , iaitu tidak dipakai.
Anak tidak boleh menikahkan ibu
Anak
tidak sah menikahkan ibunya kecuali ia menajdi kadi.
Wali datuk
Datuk
boleh menjalankan ijab dan qabul bersama-sama dalam nikah yang satu , iaitu
menjalankan ijab pada nikah anak perempuan kepada anak lelakinya ( cucu
perempuannya ) , dan qabul anak lelaki kepada anak lelakinya yang lain ( cucu
lelaki).
Wali hakim
Wali
hakim ialah keketua negara Islam negara yang beragama Islam yang
mempunyai kekuasaan. Dia boleh mengangkat orang lain menjadi wali hakim
mengakadnikahkan perempuan yang berwali hakim, pada sebuah negara di mana ketua
negaranya bukan beragama Islam atau negara itu bukan negara Islam . Wali hakim
boleh dilantik oleh segolongan orang yang terdiri daripada orang
alim, pemimpin , dan orang yang terkemuka dari orang Islam yang ada ditempat
itu.
Wali tahkim
Iaitu
lelaki dan perempuan yang hendak bernikah itu mestilah hadir di hadapan orang
yang hendak mengakadnikahkan itu( iaitu di mana negari itu tiada
wali hakim) dan orang itu mestilah orang yang mengetahui segala hukum hakam
serta orang alim dan warak .Yang mana pasangan itu hendaklah
menyatakan yang mereka ingin melantik orang tersebut sebagai wali
tahkimnya dan orang tersebut memahami serta menerima perlantikan
tersebut.
Keadaan perempuan yang berwali hakim
Harus
bagi perempuan bernikah dengan berwalikan hakim dengan salah satu
daripada sebab-sebab tersebut
1. Tidak
ada wali nasab
2. Tidak
ada wali akrab yang mencukupi syarat sebagai wali , dan wali ab’ad juga tidak
ada
3. Wali
akrab tinggal ditempat yang jauh sekadar perjalanan yang menharuskan solat
qasar( perjalanan 2 marhalah).
4. wali
akrab masuk penjara dan tidak boleh berhubung dengannya
5. wali
akrab sedang dalam ihram haji atau umrah
6. wali akrab
enggan menikahkannya
7. wali
akrab bersembunyi kerana enggan menikahkannya
8. wali
akrab berdegil tidak mahu menikahkannya
9. wali
akrab hilang dan tidak ada khabar berita
10. wali
akrab hendak kahwin sendiri dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang
sepangkat dengannya.
Wali buta
Jika
wali akrab buta, maka tidak harus bagi wali ab’ad
menggantikan tempatnya kerana wali yang buta itu masih mengetahui perkara kufu’
serta hal perbincangan mengenai pernikahan itu.
Wali bisu
Bagi
wali bisu yang tidak dapat memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil
haruslah ia berwakil kepada wali ab’ad , tetapi jika wali yang bisu tadi boleh
memahami isyarat atau tulisan sewaktu berwakil , maka tidak harus
bagi wali ab’ad menggantikan tempatnya sebagai wakil mengakadkan pernikahan ,
sebaliknya wali yang bisu itu yang menjadi walinya dengan berwakil secara
isyarat atau lisan.
Wali
pitam/mabuk
Bila
wali akrab itu pitam atau mabuk yang tidak senghaja , tidak harus bagi wali
ab’ad mengahwinkan perempuan yang diwalikan itu , malah hendaklah ditunggu
sehingga wali akrab tadi sembuh ataupun masa tempoh menunggu ini sehingga tiga
hari.
Jika
perempuan yang hendak bernikah itu hendak juga bernikah dalam masa wali
akrabnya pitam/mabuk selama tiga hari tadi, maka haruslah bagi hakim
mengahwinkannya atau bertahkim , iaitu berwalikan dengan wali tahkim . Ini
ialah jika pada suatu negeri itu tidak ada wali hakim.
Tetapi
jika wali akrab yang pitam/mabuk tadi tidak sembuh juga sehingga melebihi
tempoh tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad mengahwinkan perempuan yang
diwalikan tersebut. Begitu juga jika mengesahkan oleh seseorang yang dipercayai
perkataannya di permulaan pitam/mabuk wali tersebut, bahawa wali itu akan
pitam/mabuk lebih daripada tiga hari, maka haruslah bagi wali ab’ad
mengahwinkan perempuan itu di permulaan pitam atau mabuk wali yang akrab tadi.
Wali yang ihram
Bila
wali yang akrab itu di dalam ihram , tidak harus bagi wali yang ab’ad
mengahwinkan perempuan yang diwalikannya, sebaliknya wali hakim atau wali
tahkim ( jika negara itu tiada wali hakim) lebih berhak untuk mengahwinkannya.
Jika wali hakim atau kadi berada dalam ihram, maka haruslah orang yang menjadi
ganti wali hakim tersebut mengahwinkan perempuan yang diwalikannya kerana hakim
atau kadi itu bukanlah sifatnya sebagai wakil mutlak, malah adalah sebagai wali
bagi mereka yang tidak berwali.
Berwakil dalam ihram
Jika
seoang wali berwakil kepada seseorang untuk mengahwinkan perempuan yang
diwalikannya, yang mana wali yang berwakil tadi di dalam ihram, maka tidaklah
sah akad wakilan itu, begitu juga bila seorang suami yang ada di
dalam ihram berwakil untuk menerima nikahnya, maka akad wakilan itu tidak sah
walaupun orang yang menerima sebagai wakil itu bukan dalam ihram. Tatapi jika
berwakil oleh seseorang waktu ihramnya untuk menerima akad nikahnya selepas
tahalul sesudah ihram maka sahlah akad wakilan itu. Begitu juga bila berwakil
seseorang wali untuk mengahwinkan perempuan yang diwalikannya atau berwakil
seseorang suami untuk menerima akad nikahnya tanpa menentukan masanya dan
mengakad oleh orang yang menerima wakil itu selepas tahalul , maka akad wakil
itu adalah sah, kerana berlaku akad itu bukan pada masa orang yang berwakil
(suami) tadi di dalam ihram , bahkan pada masa tahalulnya.
Syarat –syarat dua orang saksi
1. Islam
, orang kafir tidak sah menjadi saksi nikah , serta tidak sah menjadi saksi
nikah bagi orang yang tersembunyi keIslamnya
2. Berakal.
Orang gila tidak sah menajdi saksi
3. Baligh.
Kanak-kanak tidak sah menjadi saksi nikah
4. Merdeka.
Hamba sahaya tidak sah menjadi saksi, begitu juga tidak sah menjadi saksi bagi
mereka yang tersembunyi merdekanya.
5. lelaki.
Perempuan tidak sah menjadi saksi.
6. Adil.
Jika orang yang menajdi saksi itu tersembunyi keadilannya , maka nikah itu
adalah sah, dan tidak wajib diperiksa dan dicari keadilannya yang
tersembunyi bagi saksi itu.
7. Tidak
fasik. Orang yang fasik tidak sah dan tidak diterima menjadi saksi.
8. Mendengar.
Orang yang tuli/pekak tidak sah menjadi saksi, kerana mereka itu tidak
mengetahui apa yang dikatakan ketika ijab/qabul
9. Melihat.
Orang buta tidak sah menjadi saksi, kerena mereka juga tidak mengetahui orang
yang diakadnikahkan dan yang mengakadkan itu.
10. Faham/mengerti.
Dua orang yang menjadi saksi itu mestilah faham dan mengerti bahasa yang
digunakan oleh wali dan lelaki itu ketika ijab/qabul. Jika saksi
tersebut tidak faham dan tidak mengerti bahasa yang digunakan dalam
ijab/qabul, maka nikah tersebut tidak sah.
11. Kuat
ingatan. ADua orang menajdi saksi itu mestilah kuat ingatannya apa yang
didengar dan yang dilihatnya ketika ijab/qabul, tetapi tidaklah menjadi batal
saksinya sekiranya saksi itu ingat akan lafaz akad yang didengarnya itu ,
kemudian dia lupa.
Syarat suami untuk sah nikah
1. Suami
itu hendaklah Islam sekiranya isterinya Islam.
2. Suami
itu hendaklah jangan ihram
3. suami
berkahwin dengan kehendaknya sendiri tanpa dipaksa atau diugut
4. suami
itu hendaklah orang yang usdah baligh, tetapi sekiranya belum baligh, hendaklah
bapa atau datuknya yang mengqabul nikahnya itu.
5. Suami
hendaklah berakal dan jika suami tidak berakal, seperti gila atau tidak siuman,
maka yang menikahkannya ialah bapa atau datuknya, ataupun hakim sesudah
berunding minta fikiran dan pendapat daripada kaum kerabatnya, di mana dia
tidaklah harus dinikahkan kecuali kerana berkehendak ataupun kerana hajat yang
difikirkan perlu.
6. Suami
itu hendaklah mengetahui ketika melakukan akad nikah itu bahawa perempuan itu
halal nikah baginya , jika suami itu bernikah dengan seorang perempuan yang dia
tidak mengetahui keadaan perempuan tersebut halal dinikahinya atau tidak, maka
yang demikian nikahnya itu tidak sah.
7. Suami
tidak tidak dalam keadaan empat isteri atau salah seorang daripada isterinya
yang empat itu dalam iddah raj’I
8. suami
itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai suami kepada isteri yang
dinikahinya tadi.
Syarat-syarat bagi perempuan ( isteri) untuk halal dan
sah nikahnya
1. Isteri
hendaklah Islam jika suaminya Islam
2. Isteri
itu tidak dalam ihram
3. Isteri
itu bukan isteri orang
4. Isteri
itu bukan dalam iddah
5. Isteri
itu hendaklah seorang yang tertentu sebagai isteri kepada suami yang
dinikahinya.